Pada bulan April 2010, SMK Bangsar telah melancarkan satu program yang dikenali Minggu  Sains dan Matematik. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Sains dan Matematik ini diadakan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertemakan alam persekitaran. Diantaranya aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Inovasi – pertandingan membuat carta dan model yang terdiri daripada bahan kitar semula.

Carta dan Model yang dihasilkan oleh pelajar daripada bahan kitar semula.

Disamping itu, pertandingan membuat folio juga turut dijalankan. Terdapat 3 tajuk yang boleh dipilih oleh para pelajar dalam menghasilkan folio tersebut. 3 tajuk tersebut adalah seperti berikut :

1. ENERGY CONSUMPTION

Pertandingan folio yang bertajuk Energy Consumption adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai   penjimatan tenaga iaitu sebagai contoh petroleum. Ini kerana petroleum adalah  sejenis tenaga yang tidak boleh diperbaharui atau dikenelai sebagai “NON- RENEWABLE RESOURCES”. Jika penggunaan petroleum ini tidak dapat dikawal dan digunakan secara berterusan, lama kelamaan petroleum ini akan habis di muka bumi ini.

2.ELECTRICITY

Pertandingan folio yang bertajuk Electricity ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan menjimatkan tenaga elektrik. Ini kerana terdapat sesetengah negara terpaksa membakar bahan bakar seperti arang untuk menghasilkan tenaga elektrik. Mungkin ramai diantara kita yang tidak mengetahui bahawa proses pembakaran arang dan bahan bakar ini dapat menghasilkan gas karbon dioksida di udara.

3. BATTERIES

Pertandingan folio yang bertajuk Batteries ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan kita untuk mengurangkan aktiviti penggunaan bateri yang tidak boleh dicaj semula. Bateri yang tidak boleh dicaj semula mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kita sebagai contoh ianya mengandungi nikel dan kadmium. Apabila bateri ini tidak boleh digunakan, orang ramai akan membuang bateri ini.

Antara Folio yang telah dihasilkan oleh pelajar