Kempen menjimatkan elektrik telah dijalankan selama sebulan di SMK Bangsar. Kempen ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar dan seluruh warga SMK Bangsar mengenai kepentingan menjimatkan elektrik. Kempen ini telah mendapat sokongan penuh daripada semua warga SMK Bangsar. Terdapat banyak label-label menjimatkan elektrik ditampal dan diletakkan di seluruh kawasan sekolah terutamanya di tempat-tempat yang terdapat suis. Label-label ini sedikit sebanyak dapat mengingatkan pelajar agar tidak lupa untuk menutup suis lampu dan kipas apabila tidak digunakan.

warga SMKB menyahut kempen jimatkan elektrik

Mengapa kami menjalankan kempen ini??
JIKA kita fikirkan dengan lebih jauh, JIKA seorang daripada kita dapat mengamalkan amalan menjimatkan tenaga elektirk, maka kita akan mengurangkan membakar bahan bakar yang dapat membebaskan karbon dioksida di udara. JIKA seluruh rakyat di sesebuah negara mengamalkan amalan menjimatkan elektrik, maka lebih sedikit karbon dioksida dibebaskan di udara dan JIKA kita semua iaitu seluruh penduduk dunia dapat mengamalkan amalan murni diatas, maka lebih sedikitla karbon dioksida dibebaskan di udara. Ini kerana gas karbon dioksida yang banyak di udara dapat menyebabkan kesan rumah hijau dan sekaligus meningkatkan suhu bumi.

Manakala di dalam bilik guru, walaupun terdapat penghawa dingin (air cond), guru-guru tidak menggunakan penghawa dingin sebaliknya hanya menggunakan kipas bagi mempraktikkan amalan menjimatkan elektrik. Semoga usaha kami ini dalam memelihara alam sekitar dapat membuahkan hasil.

EVERYDAY IS EARTH DAY IN SMK BANGSAR!!!

Warga SMKB menyokong usaha menyelamatkan bumi