Bulletin Board BP telah di’update’ secara berkala..Pelbagai informasi berkenaan BP MyScience Challenge telah dimuatkan disitu. Board tersebut diletakkan di laluan koridor utama yang menjadi laluan wajib bagi setiap pelajar. Oleh itu,board ini sentiasa menjadi tumpuan para pelajar untuk dibaca. Bulletin Board ini begitu unik kerana ianya dihiaskan dengan menggunakan kertas dan bahan-bahan yang terpakai.

Isu-isu berkaitan dengan isu Alam Sekitar seperti How to save the Forest?, Global Warming, Green House, Reduce! Reuse! Recycle!, Acid Rain dan Pollution telah dipaparkan di Bulletin Board ini. Disebabkan artikel dan informasi pada board ini selalu di’update’ dan ditukar, maka artikel-artikel tersebut telah dipaparkan di website ini agar pelajar boleh membaca semula informasi-informasi yang telah dipaparkan itu dengan mudah. Semua aktiviti ‘GO GREEN SMK BANGSAR’ juga sentiasa dipaperkan dan dikemaskini.