Kira-kira 3 minggu yang lepas, sekolah kami telah mengadakan Hari Temu Mesra. Tujuan diadakan Hari Temu Mesra adalah untuk memberi peluang kepada ibu-bapa untuk beramah mesra bersama guru-guru di samping untuk mengambil keputusan peperiksaan anak mereka dan mengetahui perkembangan anaknya di sekolah.

Sempena dengan Projek BP MyScience Challenge, para pelajar telah mengambil inisiatif untuk membuat cenderahati yang diperbuat daripada bahan-bahan terpakai yang boleh dikitar semula untuk dihadiahkan kepada ibu-bapa masing-masing. Ini bertujuan untuk menarik perhatian ibu-bapa untuk sama-sama memberi sokongan dalam kempen memelihara dan memulihara alam sekitar.

Mereka menggunakan batang aiskrim dan kertas berwarna yang terpakai lalu dibentuk menjadi bunga yang cantik. Gembira betul para ibu-bapa yang datang apabila mendapat cenderahati kreatif yang dibuat sendiri oleh anak-anak mereka itu.

REDUCE,REUSE,RECYCLE..

Sebelum pulang, para ibu-bapa telah diberikan satu kad Akujanji ‘Save The Earth For The Future Generation’ untuk ditandatangani bagi menyatakan sokongan mereka untuk sama-sama dalam menjayakan Program selamatkan Bumi. Semua ibu-bapa pelajar SMK Bangsar secara sukarela telah berminat untuk menandatangani akujanji  tersebut. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibu-bapa! Sokongan padu daripada kalian amat kami hargai.

1 MALAYSIA CONSERVATION AND PRESERVATION!!