Kempen membaca tentang isu persekitaran telah dijalankan bermula dari bulan Mei 2010. Kempen membaca ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar supaya membaca isu-isu yang berkaitan dengan alam persekitaran, menambahkan ilmu dan input-input berkaitan dengan isu-isu persekitaran seperti kesan rumah hijau dan pemanasan global, pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi, kesan hujan asid dan sebagainya.
Pada waktu rehat dan waktu “relief”, para pelajar dikehendaki untuk membaca bahan yang mengandungi info-info yang berkaitan dengan alam persekitaran. Contoh bahan bacaan isu-isu tersebut ialah majalah-majalah, keratan surat khabar, keratan-keratan dari laman web, carta-carta begambar, folio dan sebagainya.


Disamping itu, sebelum perhimpunan dimulakan para pelajar digalakkan untuk membaca bahan-bahan tersebut.
Para pelajar turut dibawaoleh guru ke perpustakaan dan ke “Pondok Minda” terdapat di sekitar kawasan sekolah. Selepas para pelajar dibawa ke tempat-tempat di atas, para pelajar dikehendaki untuk mengulas apa yang telah dibaca. Sesi forum juga turut dijalankan untuk mengulas apa-apa input yang telah dibaca mengenai isu-isu semasa alam sekitar.

Pelajar SMKB menyahut Kempen Membaca Bahan 'Hijau'