Setelah banyak membebaskan gas karbon dioksida pada hari kantin baru-baru ini, kami cuba untuk menebus semula ‘dosa’ kami ini dengan Projek Tanam Pokok. Pengetua SMK Bangsar telah merasmikan projek ini dengan harapan agar semua warga SMKB sedar bahawa pembakaran yang mereka lakukan pada Hari Kantin itu sebenarnya adalah salah satu punca Pemanasan Global tanpa disedari. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit..