Pada April 2010, sekolah kami telah mengadakan Hari Kantin yang melibatkan semua pelajar dan semua guru SMK Bangsar. Tujuan hari kantin diadakan adalah bagi mengutip wang tabungan sekolah di samping mendedahkan para pelajar kepada asas perniagaan dan keusahawanan. Pada hari tersebut para pelajar sendiri akan menyediakan bahan jualan dan seterusnya menjual barang tersebut. Ini amatlah bersesuaian dengan konsep Trading Game iaitu salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak BP. Pelajar boleh menggunakan pengalaman mereka pada hari kantin tersebut dan aplikasikannya dalam Trading Game.

Setiap kelas diwajibkan membuka gerai masing-masing. Ada yang menjual makanan dan minuman, mengadakan pertandingan dan permainan yang berbayar, kad ucapan dan sebagainya. Majoriti kelas membuka gerai yang menjual makanan. Mereka memasak menggunakan gas dan bahan bakar arang.

Seperti yang kita sedia maklum, apabila melakukan aktiviti memasak, ianya akan melibatkan proses pembakaran. Proses pembakaran ini akan membebaskan gas karbon dioksida. Apabila terlalu banyak gas karbon dioksida dilepaskan, tanpa kita sedari sebenarnya ia adalah salah satu punca kepada Pemanasan Global dan juga salah satu punca kepada Rumah Hijau.

Selain itu, pada hari tersebut juga terdapat banyak bahan buangan dan sampah-sarap kerana penjualan tersebut melibatkan banyak penggunaan kertas-kertas pembalut, botol-botol plastik dan kaca, tin dan sebagainya.

Bagi memulihkan semula kawasan persekitaran sekolah kami kepada konsep Mesra Alam, kami telah mengadakan Hari Gotong Royong dan juga Projek Penanaman Pokok. Hari Gotong Royong bertujuan untuk kitar semula barang-barang yang terbuang dengan menggunakan konsep Reduce, Reuse, Recycle (3R) dan membersihkan semula kawasan sekolah agar sekolah kami dikeliliangi oleh udara yang segar dan bersih.

Manakala bagi menambahkan kuantiti oksigen di persekitaran kami agar suasana sekolah kami mempunyai aliran udara yang segar, kami telah mengadakan Projek Penanaman Pokok. Projek ini kami anggap sebagai satu projek untuk menebus ‘dosa’ kami sewaktu di Hari Kantin yang telah membebaskan banyak gas karbon dioksida.