BP MyScience Challange telah dilancarkan dengan rasminya  pada 7 Julai 2010 oleh En. Zukifli B. Osman selaku wakil daripada Bp Asia Pacific (Malaysia) Sdn. Bhd. Kami warga SMk Bangsar terutamanya AJK BPMyScience yang diketuai oleh Puan Indra selaku Ketua Bidang Matematik dan Sains telah bertungkus lumus untuk memastikan upacara perasmian ini berjalan dengan lancar dan meriah sebagai tanda penghargaan kami kepada pihak BP yang telah memilih sekolah kami untuk menyertai pertandingan BP MyScience Challange ini. Pada hari tersebut juga, guru-guru telah bersepakat untuk memakai pakaian yang berwarna kuning atau hijau bagi mengikut tema warna logo BP.

Pada pagi tersebut, kalau diikutkan jadual program, En.Zulkifli akan sampai pada jam 8 pagi. tetapi nampaknya beliau seorang yang amat pentingkan ketepatan masa. Jam 7 pagi beliau dah sampai di perkarangan sekolah kami. Lucunya, kami pada mulanya tidak menyedari akan kehadiran beliau kerana beliau berada di dalam kereta sambil memerhatikan suasana sekolah kami yang sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut kedatangan beliau, cameraman kami pun sudah bersedia di luar pagar sekolah. Pada jam 7.20, barulah En. Zul menelefon AJK kami,Cik Shazlin untuk memberitahu yang beliau sudah pun berada dalam kawasan sekolah kami.

Upacara perarakan wakil BP ke Dataran utama sekolah kami,Dataran Ar-Rahman diiringi oleh para pentadbir SMK Bangsar yang diketuai oleh Puan Hajah Nazifah selaku Pengetua SMK Bangsar bersama Badan Pengawas, Pasukan Kompang dan juga Pasukan Silat SMK Bangsar.

Majlis dumulakan dengan pertunjukan silat oleh pelajar-pelajar SMK Bangsar. Persembahan silat ini diselangi oleh adegan yang mendebarkan kerana mereka mengunakan pisau tiruan yang dilihat seolah-olah seperti pisau betul. Gerun kami dibuatnya.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Pengetua, Puan Hajah Nazifah diikuti oleh ucapan oleh En. Zulkifli selaku wakil daripada pihak BP. En. Zul meluahkan rasa gembira beliau kerana melihat kesungguhan kami untuk menyambut kedatangan beliau dan usaha yang telah kami lakukan dalam menjayakan program BP MyScience Challange ini.

Betul tu En. Zul, kami AJK BP MyScience terutamanya Puan Indra bersunguh-sungguh dalam menjayakan Pertandingan BP MyScience ini. Kami harap pihak BP akan memberi kami peluang lagi untuk menyertai program ini pada tahun hadapan. Memandangkan ini adalah tahun pertama kami dijemput untuk menyertai program ini,kami akui sedikit kelam kabut disebabkan tidak berpengalaman. Namun kami percaya, jika pihak BP memberi kami sekali lagi peluang pada tahun hadapan, dengan pengalaman yang kami dapat pada tahun ini pasti kami akan dapat tonjolkan sesuatu yang lebih bagus dalam menjayakan program BP MyScience Challange ini..Seterusnya upacara perasmian dan pelancaran program BP MyScience Challange telah disempurnakan oleh En. Zulkifli dan kemudiannya diikuti oleh upacara pemberian sijil kepada pemenang pertandingan essay bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Upacara diteruskan dengan persembahan para pelajar SMK Bangsar. Persembahan dimulakan dengan  Forum Sains yang diterajui  oleh 4 orang pelajar tingkatan 5. Sungguh bernas isi-isi dan pendapat-pendapat yang diutarakan oleh pelajar-pelajar ini.

Persembahan seterusnya adalah bertajuk ‘Pokok Manusia’. Sungguh menarik persembahan ini. Cuma suara mereka tidak berapa jelas kerana kepala mereka dilindungi oleh kotak kertas,namun aksi lucu mereka tetap berjaya mebuatkan penonton tergelak.Persembahan seterusnya adalah persembahan daripada pelajar daripada Kelas Pendidikan Khas. Sungguh comel persembahan mereka ini. Walaupun mereka tidak mengeluarkan sebarang suara,tetapi telatah dan gelagat mereka amat menghiburkan.

Persembahan pelajar diakhiri dengan persembahan tarian yang bertemakan 1 Malaysia Menyelamatkan Bumi. Lemah gemalai pelajar-pelajar ini menari. Pelajar-pelajar yang menyertai tarian ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.


Sebelum majlis berakhir, ‘Ikrar Gempur’ telah dibacakan oleh sekumpulan pelajar berbilang kaum yang berjanji untuk memastikan bumi terus terpelihara.

Sebaik sahaja majlis pelancaran Bp MyScience selesai, Program Carbon Challange diteruskan di Dewan SMK Bangsar.