Bagi memeriahkan majlis perasmian BP MyScience Challange dengan sesuatu yang berteknologi dan berinovasi, Pn Indra telah mengutarakan idea supaya pada majlis tersebut, upacara perasmian yang akan dilakukan bercirikan sesuatu yang melambangkan sebuah inovasi sains. Oleh itu, seperti Minggu sains dan Matematik sebelum ini, Cik Norhamizi selaku guru Sains yang berinovatif lagi kreatif diminta sekali lagi untuk membimbing pelajar untuk merealisasikan idea tersebut.

Setelah berhempas pulas memikirkan apakah inovasi sains yang ingin ditonjolkan kali ini, akhirnya Cik Hamizi bersama sekumpulan pelajar mendapat idea untuk mencipta satu kelainan yang berinovasi sesuai dengan permintaan Puan Indra. Mereka merancang untuk mencipta satu replika yang berbentuk satu titisan minyak untuk majlis perasmian tersebut. Cikgu Tan selaku guru MPV turut bekerjasama dalam penghasilan replika ini.

bentuk titisan minyak

Apa idea yang ingin mereka laksanakan? jom kita tengok..
Apa yang dirancang oleh mereka di peringkat awal ialah mereka akan meletakkan gunting yang akan digunakan untuk menggunting tali pengikat banner perasmian BP Myscience di dalam kelopak replika titisan minyak tersebut. Kelopak replika itu pula pada mulanya akan berada dalam keadaan tertutup, kemudian kelopak tersebut akan terbuka apabila diambil reben yang mencantumkan bahagian atas replika tersebut. Sebaik sahaja kelopak tersebut terbuka, replika tersebut akan berpusing-pusing dan gunting yang berada di dalam bukaan kelopak itu akan diambil oleh Cik Zulkifli untuk menggunting tali banner bagi merasmikan majlis BP MyScience Challange. Manakala gunting yang akan digunakan untuk majlis perasmian akan dibalut dengan pembalut coklat Cadbury yang bewarna emas sebagai satu usaha untuk kitar semula kertas.

Bagi merealisasikan idea ini, mereka telah berhempas pulas menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti dawai, pembalut bagi kelopak replika dan lain-lain.  Kertas pembalut yang mereka gunakan itu adalah daripada bahan yang terpakai, ini bagi menyokong usaha SMK Bangsar untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Bertempat di Kantin Sekolah, mereka bersama pelajar Tingkatan 4 telah bertungkus lumus untuk menyiapkan replika tersebut. Mereka juga telah dibantu oleh Cikgu siti Khatijah.

Pelajar yang membantu

Proses pertama ialah menyediakan rangka replika tersebut. Setelah dicuba berulang-ulang kali tanpa mengenal putus asa,maka dawai tersebut telah dapat dibentuk sebagai rangka yang berbentuk mirip satu titisan minyak.

merakabentuk rangka

merakabentuk rangka

Kemudiannya rangka tersebut dibalut dengan pembalut yang bewarna kuning dan hijau,sesuai dengan warna logo BP. Akhirnya, inilah bentuk yang telah dapat mereka siapkan.

membalutkan rangka dan mebina bentuk titisan minyak

Hasilnya adalah seperti gambar di bawah yang telah digunakan pada Majlis Perasmian BP MyScience Challenge. Pada bahagian bawah replika tersebut, Cikgu Tan telah meletakkan engsel dan sebuah enjin supaya apabila kelopak itu tebuka, replika tersebut akan berpusing-pusing secara automatik.

digunakan sewaktu Perasmian BP MyScience