Sekolah kami telah ditubuhkan sebuah kelab yang berkonsepkan kehijauan alam iaitu Kelab Pencinta Alam. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan sikap Mesra Alam di kalangan pelajar. Pada masa yang sama, diharapkan agar dapat  menyemai sifat menghargai dan mencintai alam sekitar di kalangan para pelajar SMK Bangsar. Visi kelab ini ialah mewujudkan ‘Sekolah dalam Taman’. Guru penasihat kelab ini ialah Cik Norhamizi dan Cik Siti Khatijah.

Sempena Kempen Bumi Hijau, Kelab Pencinta Alam di SMK Bangsar dengan kerjasama guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Bangsar telah menjayakan projek penanaman Pokok Jarak atau nama saintifiknya Jatropha Curcas. Penanaman pokok ini telah mendapat tunjuk ajar daripada pihak BATC Development Bhd. Sebagai permulaan, Kelab Pencinta Alam telah menanam sebanyak 100 batang pokok Jarak di kawasan belakang sekolah. Selain daripada Pokok Jarak, mereka juga telah menanam tanaman herba seperti Pokok Limau Purut, Pokok Limau Katuri dan Pokok Limau Nipis.

Aktiviti menanam anak pokok

Program Gotong-Royong dan Program Kitar Semula pula telah dijalankan secara berkala. Banyak aktiviti-aktiviti lain yang berkait rapat dengan alam sekitar telah dijalankan sepanjang tahun. Antaranya membuat bakul daripada kertas terpakai, menghasilkan bio-organik dan membuat penanda buku daripada bahan terpakai.

Kelab ini juga telah mengadakan beberapa lawatan sambil belajar, antaranya ialah lawatan ke Pusat Pertanian Bukit Cerakah Shah Alam. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk mendidik diri pelajar agar menghargai alam sekitar, seterusnya memupuk sifat Mesra Alam di dalam diri mereka.

Lawatan ke Taman Pertanian Bukit Cerakah