Toyota Eco-Rangers telah ditubuhkan pada 9 Jun 2008. Ianya melibatkan 22 buah sekolah di sekitar KL dan Selangor. Setiap sekolah diwakili oleh 2orang pelajar. Sekolah kami adalah antara sekolah yang terlibat dalam program ini. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mendidik pelajar supaya bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

Toyota Eco-Rangers ini mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Yayasan Anak warisan Alam (YAWA). YAWA merupakan sebuah NGO yang aktif dalam aktiviti menjaga alam sekitar.


Pada Julai 2009, sekolah kami telah berjaya memenangi Best Tree Planting kerana telah berjaya menanam hampir 500 batang pokok bakau jenis Mahang di Batang Berjuntai. Selain itu, SMK Bangsar juga telah mendapat pengiktirafan Green Merit daripada UMW Toyota kerana penglibatan yang aktif dalam semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan.