PROFIL SEKOLAH

Nama sekolah :SEK. MEN. KEBANGSAAN BANGSAR (INTEGRASI)
Alamat sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar,
Lorong Maarof Satu, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur.
Kod sekolah : WEB 0256
Lokasi : Bandaraya
Zon : Bangsar
Jenis bantuan : Bantuan Penuh Kerajaan
Gred sekolah : A
Keluasan tanah : 5 Ekar
Sesi persekolahan : 2 Sesi ( Pagi dan Petang )
Tingkatan yang ditawarkan : Tingkatan 1 – 5
Kemudahan asrama : Tiada

IKRAR SEKOLAH

Kami, pelajar Sekolah Menengah Bangsar sesungguhnya,
berjanji dan berikrar akan memelihara nama baik sekolah
dengan mematuhi segala peraturannya dan belajar
bersungguh-sungguh demi kepentingan:
* Diri Kami,
* Ibu Bapa Kami,
* Sekolah Kami,
* Agama Kami,
* Bangsa Kami, dan
* Negara yang Kami Cintai Ini.

VISI SEKOLAH

SMK Bangsar
Cemerlang, Ceria,
Berbudaya ilmu dan
Progresif Menjelang 2010

MISI SEKOLAH

Kami warga SMK BANGSAR dengan penuh iltizam
berusaha untuk :-
1.Meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar
2.Meningkatkan kegemilangan ko-kurikulum
3.Melahirkan pelajar-pelajar yang bersahsiah dan berakhlak mulia
4.Menyediakan prasarana dan iklim sekolah yang kondusif berteraskan ICT
5.Mengamalkan pengurusan kepimpinan yang bermakna, berkesan dan berkualiti

LAGU SEKOLAH

Majulah, ayuhlah maju,
Harumkan namamu selalu,
Disebut di mana jua,
Menjadi kemegahan kita.

Penggerak budaya ilmu,
Melahir insan cemerlang,
Berbakti penuh setia,
Pada nusa dan bangsa,

SMK Bangsar ternama,
Berjasa terus berjasa
Mendidik dan mengasuh,
Putera puteri tercinta.

Maju ayuhlah maju,
Harumkan namamu selalu,
Disebut di mana jua,
Menjadi kemegahan kita.